Wednesday 3 April 2013

dunia baru lola


 




assalamualaikum.

dunia baru lola..akhirnya sampai masa untuk lola membuka rahsia yang lola simpan selama ini
yes i admit that lola selama ni merahsiakan identiti lola..i know im not suppose to do that but
im so gonna be so much in trouble if mama n my family tahu yang lola ade blog fesyen pulak tu.

ok nama lola yang sebenar adalah nurlaila bt johari berumur 22 tahun..
saya masih study at KDU..dalam bidang engineering..

sebenarnya tak salah kan lola jadi model blog sendiri? i hope korg boleh terima k..

yeah!!bye bye

Tuesday 2 April 2013

candy sweet!



hello,
semua..assalamualaikum..sory lama tak update blog..busy dengan kelas. so untuk sementara lola tunjuk kan skit hasil kerja lola dengan hasil yang terbaru. lola panggil dia style candy sweet!

Saturday 30 March 2013

What Happens When We No Longer See Eye To Eye

Assalamualaikum,

Im so sorry Im posting this blog in very sad moment.. Lola minta maaf dekat semua atas semua post ni.. Lola nak cakap pasal cinta yang tidak bahagia.. Maksud Lola "pemilihan hidup yang tidak sesuai"... Lola selalu tertanya-tanya..

 Adakah seseorang itu pasangan terbaik kita ?


Friday 29 March 2013

hiasan sahara


Beberapa tahun lalu, perdebatan berkisar isu pakaian wanita Islam hebat diperkatakan dan aspek yang sangat mempesonakan ialah kebanyakan perdebatan itu didominasikan bukan Muslim.
Kepada sesetengah pihak, wanita bertudung lingkup dari kaki hingga kepala didakwa sebagai satu penindasan, manakala yang lain cuba memahami logik yang tersirat di sebaliknya, sementara bakinya tidak mempedulikannya malah berpendapat penerimaan cara berpakaian hak individu.

Sesuatu pakaian boleh dikatakan fesyen atau tidak bukannya berdasarkan faktor negara semata-mata. Jika anda dari Afrika Barat, contohnya warna terang, pakaian panjang dan aneka hiasan lazimnya mendominasi fesyen pakaian.

Jika anda dari Pakistan, mungkin menjadi cantik dengan ‘salwar kameez’ (baju dan seluar yang longgar) yang ditakrifkan sebagai sentuhan menarik. Tetapi sekiranya anda mengenakan gaya berfesyen ekstrem dari Barat, norma atau kebiasaan yang perlu dibayar terlampau mahal harganya.

Beberapa tahun lalu, kita mendapati peningkatan bilangan remaja perempuan Islam mengenakan tudung untuk menutup kepala dan berpakaian dengan gaya sederhana.
Walaupun ia mungkin menjelakkan bagi golongan yang cenderung kepada ‘kebebasan’ dalam berfesyen, aliran itu semakin meningkat.

Ketika fesyen golongan lelaki tidak mendapat perhatian sebagai tajuk besar, fesyen wanita adalah sebaliknya mempunyai pengaruh kuat dalam hubungan sosial dan ekonomi.

Thursday 28 March 2013

vintage polka



assalamualaikum semua,
today post is gonna be about my vintage polka. lola saja letak nama vintage polka after lola dapat idea
dari magazine kegemaran lola "hijabista"..vintage polka ni merangkumi pemakaian tudung yang lola reka sendiri dan pakaian fesyen yang lola mix n match kan sendiri..

bagi lola pemakaian macam ni tak la terlalu menjolok mata dan boleh dipakai bila bila masa n kat mana je nk pergi pun boleh pakai..cool kan?
 kalau nk pergi collage..atau ade open house..or even when u hv a party?or gathering with ur friend?semua pun boleh pakai macam ni.

pemadangan accessories yang lola guna very simple..dengan tambah gelang warna yang agak kontras dan berlawanan dengan baju n tudung...so nampak la timbul skit kan? warna baju n cardigan pun is a match of strong n soft color..for me its sooooo retro!

so good luck to try my vintage polka fashion!

Tuesday 26 March 2013

hari hari indah saya

Hari-Hari Saya

semenjak ada kerjaya, aku memang berkira dengan hari-hari dalam seminggu. berkira bermaksud melabelkan hari-hari ikut perasaan, performance kerja dan situasi diri...lagi dikira, lagi sekejap rasanya.kadang-kadang lagi dikira, lagi lama plak rasanya menunggu hari-hari seterusnya...yang pasti, hari-hari yang sama membuatkan hari-hari aku jadi cepat.

mungkin rutin seharian yang sama buat kita rasa cepat atau sekejap je. mungkin juga kita dilekakan dengan hal-hal duniawi seperti kerja dan hiburan yang membuatkan kita rasa cepat atau sekejap je masa ini...

berikut ialah analisa hari-hari saya (hari/perasaan/performance kerja/situasi diri):

ISNIN - gembira minggu baru / hurm, apa kerja last aku buat last week??...planning phase for the whole week! / rajinkan diri sendiri :)

SELASA - baru selasa ~ / bersemangat! / masih merajinkan diri sendiri...

RABU - ha, dah tgh minggu dah! / semangat ala kadar... / kekalkan momentum isnin & selasa

KHAMIS - cepatnya dah khamis ~ / slow sikit, review back plan kerja / get ready untuk hari esoknya...

JUMAAT - yeay! dah jumaat / huh, sangat slow... / plan untuk weekend.hehe...

SABTU - bersabar untuk suka ria / takpe, kerja half day je, tinggalkan kerja untuk staff... / malas!

AHAD - rehat & recharge! / minta maaf, saya cuti, jangan kaco :) / merayap.hehe....

berdasarkan analisa hari-hari saya, ada yang positif dan ada yang negatif. tapi yang pasti, ada polar atau pattern perasaan dan performance kerja bermula dari hari isnin sampai ahad.biasa lah, aku pon manusia biasa gak...perubahan diperlukan!

SUMMER COLORS

summer colors!

itulah tema yang lola suka pada bulan ini..ternyata tudung style macam ni sangat kreatif dan menarik bagi lola
nampakkan kita lebih matang dan sungguh profesional..kita akan lebih menonjol dan kedepan daripada orang lain.

bagi lola ia tetap selesa walaupun kena lilit lebih banyak tudung la..tapi hasil nya akan menarik perhatian..warna warna yang dipilih adalah seperti pastel color..kena la pandai padan kan warna warna yang kita pilih supaya ia akan menjadi summer color.